Tarikh MAHA 2016 Ekspo Pameran Pertanian Malaysia

MAHA 2016 Ekspo Pameran Pertanian Malaysia. MAHA Ekspo 2016? Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau MAHA 2016 iaitu Ekspo pameran pertanian terbesar Malaysia akan kembali lagi sempena musim cuti sekolah tahun 2016 ini. Tarikh MAHA 2016 diadakan adalah dari 1 hingga 11 Disember 2016 yang merupakan cuti sekolah 2016. Ekspo MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor dengan banyak aktiviti menarik dirancang buat pengunjung.

Tarikh MAHA 2016
Tarikh MAHA 2016 Ekspo Pameran Pertanian Malaysia

Tarikh MAHA 2016

Ekspo pameran MAHA 2016 kali ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Fokus ekspo yang bakal berlangsung selama 11 hari adalah kepada pelancongan tani, perdagangan dan gaya hidup agro, inovasi teknologi terkini. Ianya juga menyasarkan kepada peningkatan sebanyak 30 peratus golongan usahawan muda melalui Agro Youth.

Tarikh MAHA 2016 diadakan adalah peluang terbaik buat ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke ekspo disamping bercuti ketika cuti sekolah.

Maklumat MAHA Ekspo 2016

  • Tarikh : 1 hingga 11 Disember 2016
  • Tempat : MAEPS Serdang, Selangor
  • Tema : Our Food Our Future
  • Maskot Rasmi : Upin Ipin

Untuk menatik pengunjung, MAHA 2016 akan menampilkan lebih kurang 1,500 gerai pameran meliputi agensi tempatan dan swasta serta penyertaan dari luar negara. Diantara tarikan utama MAHA 2016 adalah seperti berikut :-

  1. Seminar perniagaan
  2. Bengkel
  3. Pelancaran produk
  4. Demonstrasi teknologi inovasi pertanian
  5. Agro bazaar
  6. Pelancongan tani
  7. Persembahan kebudayaan
  8. Demonstrasi masakan

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook MAHA 2016 dan Laman Web MAHA 2016.

Semoga Pameran MAHA 2016 kali ini lebih meriah dan menghiburkan. Selamat berekspo dan selamat menikmati Makanan dan Hasil Pertanian Terbaik Malaysia Disember ini.