Semakan Rayuan UPU 2016 Online

Berikut dikongsikan cara membuat semakan Semakan Rayuan UPU 2016 online buat pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke IPTA, Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lepasan SPM/STPM/ setaraf dan Persijilan Kemahiran Malaysia/ Setaraf. Semakan keputusan rayuan UPU boleh disemak secara online dilaman web yang disertakan di bawah ini.

semakan rayuan upu
semakan keputusan rayuan upu online

Semakan Rayuan UPU 2016 Online

Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik dan ILKA boleh dibuat secara online dan SMS.

A. Tarikh semakan dibuka

  • Calon lepasan SPM/setaraf

    Hebahan Keputusan Rayuan UPU Ke IPTA/ Politeknik Premier (Calon Lepasan SPM/Setaraf)
    (Minggu ke-2 Jun 2016)
    Klik http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk semakan

  • Semakan keputusan rayuan untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) lepasan SPM/ setaraf dan Persijilan Kemahiran Malaysia/ Setaraf :-
    1. ILJTM (ADTEC, JMTI & ILP) ; http://www.jtm.gov.my/semakjaya
    2. CIAST ; http://www.ciast.gov.my
    3. KOLEJ KOMUNITI ; http://www.jpkk.edu.my
    4. POLITEKNIK ; http://www.politeknik.edu.my
    5. NATC ; http://atpis.moa.gov.my/V4/result
    6. MARA (IKM & KKTM) ; http://www.ekemahiran.edu.my

     

  • Calon lepasan STPM/setaraf

    Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf)
    (Minggu ke-4 Ogos 2016)

♦ Cara buat semakan keputusan rayuan UPU

  • Semakan secara online

    Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah pada 25 Ogos 2016 bermula jam 400 petang:
    Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU 2016  – http://upu.mohe.gov.my/web/

  • Klik Semakan Keputusan Rayuan 1
semakan rayuan upu 2016
semakan rayuan upu 2016 stpm
  • Semakan melalui SMS

    Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:
    Taipkan:

    UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]

    [junkie-alert style=”yellow”] Contoh: UPU RESULT 970222016745 [/junkie-alert]

    Hantarkan SMS ke 15888

Sebab-Sebab Permohonan Tidak Berjaya

Menurut FB Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Antara punca pemohon tidak berjaya adalah seperti berikut :-

  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi

Selamat membuat permohonan erayuan UPU 2016 online dan semoga anda berjaya diterima masuk ke UA yang dihajati.