Semakan Penerima Dekoder Percuma MYTV Online

Semakan Status Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV Online. Perhatian kepada penduduk Malaysia, kerajaan merancang untuk beralih ke siaran digital (DTT) dan menutup siaran TV analog pada tahun 2018 yang bebas gangguan cuaca dan siaran yang lebih jelas. Kepada mereka yang tidak menggunakan siaran DTT atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel), anda tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen selepas siaran analog ditutup. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan memberikan dekoder MYTV yang akan diberikan secara percuma kepada Penerima Unit Dekoder Percuma yang dipilih dari kalangan 2 juta penerima terbawah dalam senarai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) dan beralamat di kawasan liputan DTT. Berikut dikongsikan cara membuat semakan penerima dekoder percuma MYTV online.

Semakan Penerima Dekoder Percuma MYTV Online
Semakan Penerima Dekoder Percuma MYTV Online

Semakan Penerima Dekoder Percuma MYTV

Kepada mereka yang ingin mengetahui status penerima dekoder percuma MYTV, berikut adalah langkah mudah untuk menyemak senarai nama penerima;

Sekiranya nama anda terpilih, Set dekoder MYTV Basic akan dihantar ke alamat anda melalui perkhidmatan Pos Laju. Senarai penerima adalah muktamad. Proses penghantaran dekoder akan bermula pada September 2016 dan akan mengambil masa selama kira-kira setahun. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi MYTV di talian 1300 80 6988. Maklumat lanjut sila baca soalan lazim di MYTV.

Saluran Yang Ditawarkan

Berikut adalah saluran yang boleh ditonton dan akan dikemaskini dari masa kesemasa:-

  1. TV1
  2. TV2
  3. TV3
  4. NTV7
  5. TV9
  6. 8TV
  7. TV ALHIJRAH
  8. TVi

Kepada mereka yang ingin mengetahui status penerima, selamat membuat Semakan  Penerima Dekoder Percuma MYTV secara online. Semoga anda tersenarai sebagai salah seorang penerima dekoder percuma MYTV.