Semakan Keputusan STPM 2017 Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan STPM 2017 Secara Online Dan SMS. Bilakah tarikh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2017 Keseluruhan) diumumkan? Menerusi makluman dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan keputusan STPM 2017 boleh disemak pada hari Selasa, 6 Mac 2018. Keputusan peperiksaan boleh disemak secara online dan melalui khidmat SMS bermula jam 1200 tengahari pada tarikh keputusan diumumkan.

  • Analisis Keputusan STPM 2017 klik STPM
  • Semakan Keputusan SPM 2017 pada bulan Mac 2018 ; Klik SPM 2017

Semakan Keputusan STPM 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan STPM 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut adalah cara-cara membuat semakan keputusan STPM tahun 2017 yang boleh disemak pada 6 Mac 2018 melalui kaedah semakan seperti berikut. Untuk makluman, pada peperiksaan STPM tahun 2017, seramai 43,042 calon peperiksaan telah hadir menduduki peperiksaan STPM di 700 buah pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, seramai 42,694 (99.19%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 204 (0.47%) calon sekolah swasta, 136 (0.32%) calon persendirian dan 8 (0.02%) calon sekolah negeri.

1) Hadir Sendiri Ke Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh keputusan diumumkan mulai jam 12 tengah hari. Manakala calon persendirian individu akan memperolehinya melalui pos.

2) Semakan secara online

Calon boleh membuat semakan online dengan melayari Laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan applikasi semakan bermula jam 12:00 tengah hari pada 6 Mac 2018. Klik applikasi semakan di pautan berikut :-

3) Semakan SMS

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui perkhidmatan Sistem Mesej Singkat (SMS) yang dibuka bermula 1200 tengahari, 6 Mac 2018 dengan menaip:-

  1. STPM<jarak>RESULT<jarak>(No Kad Pengenalan)
  2. Contoh STPM RESULT 910325035243
  3. Dan Hantar ke 15888
  4. Caj 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaaan

Kalendar Peperiksaan STPM 2018

Untuk makluman, kalendar peperiksaan STPM 2018 boleh dirujuk di Kalendar STPM 2018.

Kepada calon STPM 2017, selamat membuat semakan keputusan secara online dan SMS. Diucapkan semoga anda berjaya dengan mendapat keputusan yang cemerlang.