Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online

Semakan Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Panduan buat Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah. Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online? Anda kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun) dan ujian anak secara online.

Keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ataupun dikenali sebagai SAPS NKRA.

Semakan SAPS Ibu Bapa
Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online

Apa Itu SAPS Ibu Bapa?

Sistem SAPS NKRA akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan di SAPS Ibu Bapa.

Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online

Sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 1 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 dan ke atas.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  2. Nota : Jika anda menghadapi masalah dalam mengakses sistem SAPS, sila clear browsing cache anda atau klik Your Connection Is Not Private

Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online

  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah

Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online

  1. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan sebagainya.
  2. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Tarikh Peperiksaan Dalaman Sekolah 2017

Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2017 yang mengandungi tarikh mula dan akhir key-in markah ke Sistem SAPS:-

  1. Ujian Awal tahun
  2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
  3. Percubaan (Trial Exams)
  4. Peperiksaan Akhir Tahun

Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online

Soalan Lazim Dan Panduan SAPS

  • Pengguna yang menghadapi masalah, sila layari Panduan SAPS dalam PDF bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Cara Hubungi

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

Semoga perkhidmatan Semakan SAPS Ibu Bapa Online ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.
Sumber