Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah

Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah Di Malaysia. Bak kata pepatah “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas”. Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di Malaysia kerana bangunan bersejarah ada mempunyai nilai budaya dan nilai keseniannya yang tersendiri. Tambahan pula,bangunan-bangunan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara.

kepentingan memelihara bangunan bersejarah
kepentingan memelihara bangunan bersejarah di Malaysia

Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah

Di negara kita, terdapat banyak bangunan bersejarah yang masih kukuh dan sering menarik perhatian sama ada para pelancong dari dalam atau luar negara. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dikekalkan supaya ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ untuk menjadi tatapan generasi yang akan datang. Kebanyakan bangunan bersejarah merupakan tinggalan sejak zaman penjajah.

Antara bangunan bersejarah yang sering menjadi kunjungan pelancong ialah Kota A Famosa dan bangunan Satadsyus di Melaka, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan Kota Belanda di Pulau Pangkor. Bangunan-bangunan ini bukan sahaja mempunyai nilai-nilai budaya dan keseniannya yang tersendiri malah merakamkan sejarah penting negara. Justeru, pengekalan bangunan bersejarah sememangnya penting di Malaysia.

Satu daripada Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah di negara ini kerana bangunan tersebut mempunyai nilai seni dan estetika. Bangunan-bangunan ini biasanya mempunyai nilai seni bina yang halus dan bercorakkan budaya bangsa. Sebagai contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional adalah cantik dan harmoni. Dari sini, kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada masa silam. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan bersejarah memaparkan corak budaya masa silam. Hal ini membolehkan kita menghayati keistimewaan budaya kita.

Lokasi Bangunan Bersejarah

Selain itu, pengekalan bangunan bersejarah juga membolehkan kita mempelajari dan mendalami sejarah negara pada masa lampau melalui bangunan-bangunan bersejarah. Lawatan ke sesebuah bangunan bersejarah membolehkan kita menyaksikan kesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di situ. Sebagai contohnya, lawatan ke Kota A Famosa di Melaka membolehkan kita membayangkan peperangan dan pertumpahan darah ketika rakyat Melaka menentang Portugis. Kita juga akan lebih memahami fakta sejarah jika kita dapat melihat kesan peninggalannya. Dalam konteks ini, pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara. Sesungguhnya, cara pembelajaran secara kontekstual ini amat berkesan.

Bangunan Bersejarah Mengimbau Masa Lampau

Bangunan bersejarah juga banyak memberikan pengajaran kepada kita. Bangunan bersejarah akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagai contohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentang penderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit maung yang dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan kita lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini. Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan berulang lagi.

Impak yang paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat asing memang suka melihat kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkan sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di negara ini. Jadi, kalau bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor pelancongan negara akan menerima kesan yang paling ketara.

Lantaran itu peluang kerja turut berupaya diwujudkan akibat kehadiran pelancong ini. Bukan sahaja kerja yang berkait terus dengan industri ini seperti pemandu bas pelancong tetapi juga kerja sampingan seperti kedai makan, hotel dan pengangkutan awam serta kedai kraf tangan akan menerima tempias kedatangan pelancong asing ini. Masyarakat di negara in tidak akan berasa bimbang kehilangan kerja kerana mereka mudah untuk memperoleh kerja yang lain pula. Oleh itu, pengekalan bangunan bersejarah mampu memastikan semua penduduk di negara ini memiliki pekerjaan.

Kaitan Dengan Perisitiwa Penting Negara

Tambahan pula, nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini. Perasaan ini wujud kerana bangunan bersejarah mempunyai kaitan dengan peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Kewujudan bangunan ini sepanjang zaman memastikan rakyat terus mengingati kepentingan peristiwa sejarah itu kepada pembangunan negara. Jelaslah, negara akan memiliki rakyat yang tinggi perasaan nasionalismenya.
Begitu juga dengan imej negara terus tersohor pada mata masyarakat dunia kerana memiliki sikap menghargai peninggalan sejarah. Masyarakat yang menjaga bangunan bersejarah akan dianggap bangsa yang menghargai budaya dan sumbangan pemimpin lamanya. Sikap ini sudah pasti akan menimbulkan satu kesan positif dalam setiap pandangan masyarakat terhadap negara kita. Jadi, kita bukan sahaja menerima kesan ekonomi tetapi imej kita sebagai bangsa yang menghargai budaya turut diketahui umum.

Kesimpulannya, penjagaan bangunan lama atau Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah ini harus dilakukan demi negara kita yang tercinta ini. Semua pihak tanpa mengira umur dan keturunan harus ada rasa tanggung jawab menjaga bangunan sebegini. Kita tidak harus mengutamakan kemodenan sahaja kerana tanpa sejarah tiadalah kemodenan yang kita kecapi masa kini.