Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2023

Jadual Tarikh Peperiksaan UPKK 2023. Peringatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di Tahun 5. Peperiksaan bertulis UPKK tahun 2023 akan diadakan dari 16 hingga 24 Januari 2024. Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2023 (Ujian Penilaian Kelas KAFA) buat panduan semua.

Matlamat peperiksaan UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian. Iaitu dalam Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2017

UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM. [/junkie-alert]

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2023 (Ujian Bertulis. Amali Dan Lisan)

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023 buat panduan pelajar semua. Perkongsian Jadual adalah untuk Peperiksaan Bertulis, amali dan lisan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2023.

UJIAN AMALI SOLAT & PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM

  • 3 April hingga 27 Oktober 2023

UJIAN LISAN TADARUS & TILAWAH AL-QURAN DAN UJIAN LISAN HAFAZAN & TAFSIR AL-QURAN

  • 1 hingga 30 November 2023

UJIAN BERTULIS UPKK 2023

Berikut adalah Jadual Peperiksaan UPKK 2023 yang telah disusun semula :-

16 Januari 2024 (SELASA)

Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) : 2.30 hingga 4.00 petang

18 Januari 2024 (KHAMIS)

Pelajaran Jawi dan Khat: 2.30 hingga 4.00 petang

22 Januari 2024 (ISNIN)

Adab (Akhlak Islamiyah) I: 2.15 hingga 3.45 petang

Adab (Akhlak Islamiyah) II: 4.00 hingga 5.00 petang

23 Januari 2024 (SELASA)

Lughah Al-Quran: 2.30 hingga 4.30 petang

24 Januari 2024 (RABU)

Sirah: 2.30 hingga 4.00 petang

Diucapkan selamat mengulangkaji pelajaran dan menduduki peperiksaan UPKK 2023. Semoga anda akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK kali. Keputusan UPKK dijangkakan akan diumumkan pada awal Januari 2024.